Maklumbalas berkenaan permintaan dan tingkah laku pengguna yang tidak sesuai.
HomeMaklumbalas berkenaan permintaan dan tingkah laku pengguna yang tidak sesuai.

Maklumbalas berkenaan permintaan dan tingkah laku pengguna yang tidak sesuai.

Permintaan yang tidak sesuai

Penyenaraian (permintaan/saranan) yang terdiri daripada kandungan yang dilarang, menyinggung,mengelirukan atau menganggu dianggap tidak sesuai dan akan dipadam mengikut atas budi bicara pihak Grabean. . Mana-mana pengguna yang melihat permintaan tersebut boleh menandakannya sebagai tidak sesuai. Pihak Grabean akan memadam permintaan tersebut secepat mungkin jika dianggap sesuai.

 

Tingkah laku pengguna yang tidak sesuai

Oleh kerana terdapat banyak pengguna aktif di platform kami, tingkah laku seorang pengguna boleh mempengaruhi pengguna lain. Semua pengguna harus menerapkan tahap penghormatan asas bagi pengguna yang lain. Mencipta kandungan yang menyinggung, mengelirukan, mencemaskan atau mengganggu (termasuk komen dan mesej) / atau inisiatif tindakan yang melanggar syarat penggunaan platform kami akan dianggap serius di Grabean. Tingkah laku yang tidak sesuai (termasuk yang disenaraikan di atas) akan diberi amaran rasmi dan akaun mereka Grabean akan di Tutup. Jika anda merasakan bahawa tingkah laku pengguna menjejaskan keselamatan atau kebajikan pengguna lain, sila laporkan kepada pihak Grabean dengan serta-merta.

 

 

Cara melaporkan tingkah laku atau permintaan yang tidak sesuai

Untuk melaporkan tingkah laku atau permintaan yang tidak sesuai, sila hubungi kami di enquiries@grabean.com.my

Go top