Maklumbalas berkenaan permintaan atau tingkah laku pengguna yang tidak sesuai
HomeMaklumbalas berkenaan permintaan atau tingkah laku pengguna yang tidak sesuai

Maklumbalas berkenaan permintaan atau tingkah laku pengguna yang tidak sesuai

Permintaan yang tidak sesuai

Permintaan/saranan yang terdiri daripada, kandungan yang dilarang, menyinggung, mengelirukan, atau kandungan mengganggu, dianggap tidak sesuai dan akan dipadamkan mengikut atas budi bicara pihak Grabean. Mana-mana pengguna yang melihat permintaan tersebut boleh menandakannya sebagai tidak sesuai. Grabean akan melihatnya secepat mungkin dan memadamkan pemintaan tersebut jika difikirkan sesuai.

 

Tingkah laku pengguna yang tidak sesuai

Oleh kerana terdapat banyak pengguna aktif di platform kami, tingkah laku seorang pengguna boleh mempengaruhi pengguna lain. Semua pengguna harus menerapkan tahap penghormatan asas bagi pengguna yang lain. Mencipta kandungan yang menyinggung, mengelirukan, mencemaskan atau mengganggu (termasuk komen dan mesej) / atau inisiatif tindakan yang melanggar syarat penggunaan platform kami akan dianggap serius di Grabean. Tingkah laku yang tidak sesuai (termasuk tetapi tidak terhad yang disenaraikan di atas) akan diberi amaran rasmi yang akaun mereka di Grabean akan ditutup. Jika anda merasakan bahawa tingkah laku pengguna menjejaskan keselamatan atau kebajikan pengguna lain, sila laporkan kepada Grabean dengan serta-merta.

Cara melaporkan tingkah laku atau permintaan yang tidak sesuai

Untuk melaporkan tingkah laku atau permintaan yang tidak sesuai, sila hubungi kami di enquiries@grabean.com.my

Go top