Bagaimana memenuhi permintaan Request
HomeBagaimana memenuhi permintaan Request

Bagaimana memenuhi permintaan Request

1)Untuk memenuhi permintaan Requester, klik butang”Offer to help”. Jumlah yang anda akan perolehi adalah berbeza antara harga "Wiling to pay" requester dan harga kos item tersebut

 

 

 

2) Tawaran anda boleh dibuat pada harga " Wiling to pay "Requester. Sebagai alternatif, tawaran balas boleh dibuat pada harga yang lebih tinggi / lebih rendah. Anda boleh menentukan Tempoh Tamat Tawaran 1, 3 atau 5 hari. Anda haruslah mengemaskini tarikh sekembalinya ke Malaysia supaya Requester peka dengan tarikh yang ada nyatakan. Sekiranya tiada maklumbalas dilakukan oleh Requester (iaitu menerima atau menolak) dalam tempoh yang ditetapkan , tawaran ini akan luput.

 

 

3) Setelah anda menghantar tawaran (offer to help) kepada Requester, Traveller harus menunggu maklumbalas dari Requester samada perlu menerima atau menolak tawaran dalam tempoh yang ditetapkan . Traveller dinasihatkan supaya tidak membeli barang tersebut sehingga deposit telah Berjaya dibayar.

 

4) Setelah tawaran diterima (accept offer) , anda akan dimaklumkan bahawa bayaran telah diterima oleh pihak Grabean .  Sebaik sahaja barangan dibeli, klik pada “Confirmed Purchase” untuk maklumkan kepada Requester. Jika tiada maklumbalas dari Traveller dalam tempoh 7 hari ,Requester mungkin meminta transaksi tersebut dibatalkan, yang mana bayaran balik secara kesuluruhan akan diberikan.

Oleh itu, jika anda mengalami kesukaran menyampaikan barangan dalam tempoh ini, adalah penting untuk anda mengemaskini transaksi di website bagi memaklumkan kepada Requester. Grabean akan memeriksa barangan dan mengesahkan penghantaran. Status permintaan selepas itu akan dikemaskini dari “Pending Delivery” ke “Pending Acknowledgement”.

 

5) Sekiranya Requester mengaturkan kaedah self-collect , Traveller akan menghantar barangan di pejabat Grabean. Sekiranya Requester meminta penghantan melalui kurier , Traveller perlu mencetak nota slip transkrip penghantaran dari e-mel atau profil mereka di Grabean. Perkhidmatan penghantaran kurier secara peribadinya akan mengambil item dari alamat traveller. Jika tidak traveller juga boleh menghantar item di pejabat Grabean.

 

6)Pembayaran akan dibuat selepas requester mengesahkan bahawa dia sudah menerima item dan dalam keadaan baik. Jika item itu tidak dituntut dalam tempoh 7 hari, Grabean akan membuat pembayaran bagi pihak requester. Ini adalah untuk mengelakkan traveller menunggu terlalu lama untuk pembayaran.

Go top